DUBAI: Sejumlah 470 insiden tembakan besar-besaran berlaku di seluruh Amerika Syarikat (AS) dalam tempoh lapan bulan pertama tahun 2023, menyebabkan lebih 25,000 rakyat negara itu maut akibat keganasan senjata api, lapor Xinhua memetik Gulf News.
Menurut artikel yang diterbitkan pada Khamis, purata 22 kanak-kanak berumur 17 tahun ke bawah ditembak setiap hari dan kebanyakan mangsa maut akibat tembakan selain kematian disebabkan bunuh diri.
Budaya senjata api telah menjadi sebahagian daripada hak perlembagaan AS, sudah sebati dalam pemikiran sehingga insiden kanak-kanak yang ditembak setiap hari tidak membawa sebarang perubahan dalam status quo, lapor Gulf News.
Dalam menghadapi realiti yang menyedihkan ini, Senator Demokrat Chris Murphy memberitahu CNN bahawa "ini adalah satu-satunya negara di dunia, lelaki yang gagal berdepan realiti, meluahkan rasa marah dengan melakukan pembunuhan besar-besaran."
Keganasan senjata api telah menjadi isu yang memecahbelahkan dan membawa maut dalam masyarakat AS sejak sekian lama.
Kematian akibat kecederaan berkaitan senjata api juga meningkat di AS sejak 2004, dengan angka pada 2021 mencecah rekod tertinggi sejumlah 48,830 orang, menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit AS.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 16 2023
Keganasan senjata api telah menjadi isu yang memecahbelahkan dan membawa maut dalam masyarakat AS sejak sekian lama. - AP
Pelaksanaan mekanisma levi pelbagai peringkat (MLTM) dijangka bermula Januari 2025
Mekanisma levi pelbagai peringkat (MLTM) dijangka dilaksanakan pada Januari hadapan, selepas perinciannya dimuktamadkan dan diluluskan Jemaah Menteri, kata Menteri Sumber Manusia, Steven Sim.
Portal UP_TVET bertujuan untuk memudahkan proses permohonan
Saluran permohonan untuk mengikuti kursus Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang dahulunya mengelirukan kini dibuat melalui satu saluran tunggal iaitu menerusi portal Unit Pengambilan TVET atau singkatannya UP_TVET yang dibangunkan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).
Menurut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi,penggunaan saluran tunggal UP_TVET yang fleksibel dengan mengambil kira keperluan pelbagai syarat masuk merupakan satu inisiatif untuk membuka ruang seluasnya kepada rakyat Malaysia untuk menyertai program TVET.
Menurut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi,penggunaan saluran tunggal UP_TVET yang fleksibel dengan mengambil kira keperluan pelbagai syarat masuk merupakan satu inisiatif untuk membuka ruang seluasnya kepada rakyat Malaysia untuk menyertai program TVET.
Kerajaan digesa bawa Mala pulang dari penjara Nepal
Kerajaan didesak untuk membawa pulang seorang rakyat Malaysia yang meringkuk di penjara Nepal atas kesalahan Imigresen.
Jemaah lega dapat luah perasaan di Ranting Hati
Jemaah haji Malaysia melahirkan rasa lega kerana berpeluang meluahkan perasaan sejak tiba di Tanah Suci menerusi tulisan terapi naratif yang menghasilkan Ranting Hati, satu inisiatif terbaharu diperkenalkan oleh Unit Kaunseling Tabung Haji (TH) sebagai platform menangani cabaran sebagai tetamu Allah sepanjang operasi musim ini.
Proses penggapungan kapal ambil masa 21 jam
Kapal berdaftar di Singapura, Dali yang melanggar struktur Jambatan Francis Scott Key di Baltimore, Maryland yang kemudiannya runtuh, mempunyai klasifikasi yang sah dan sijil berkanun yang meliputi integriti struktur kapal dan fungsi peralatannya. Penguasa Maritim dan Pelabuhan Singapura (MPA) berkata kapal kargo itu juga telah menjalani dua pemeriksaan yang diluluskan oleh dua pelabuhan asing pada Jun dan September 2023 dengan klasifikasi dan tinjauan berkanun seterusnya dijangka pada Jun 2024.
Iran berkabung tiga hari
Iran memulakan tempoh berkabung tiga hari susulan kematian Presidennya, Ebrahim Raisi yang terlibat dalam nahas helikopter pada Ahad yang turut mengorbankan Menteri Luarnya Hossein Amirabdollahian.Rakyatnya menyatakan kesedihan terhadap pemergian pemimpin mereka yang dikatakan berjasa dalam memelihara tembok keselamatan negara dari peperangan di rantau bergolak itu.
Ebrahim Raisi, Hossein Amir-Abdollahian individu penting perjuang isu Palestin
Presiden Iran, Ebrahim Raisi dan menteri luarnya, Hossein Amir-Abdollahian disifatkan sebagai antara individu penting dalam usaha masyarakat antarabangsa memperjuangkan isu Palestin.
Kerajaan jamin bawa pulang pegawai perubatan terkandas di Rafah
Kerajaan memberi jaminan akan membawa pulang pegawai perubatan di bawah MERCY yang terkandas di Rafah, Gaza.
Israel sekal laluan darat, situasi bertambah buruk
Sekatan Israel ke atas laluan darat melumpuhkan kemasukkan bekalan kemanusian ke Gaza dan dijangka memburukkan lagi situasi semasa di Gaza.
Netanyahu berdepan penolakan dunia, menteri dalam kabinet perang sendiri - Penganalisis
Pensyarah Kolej PERMATA Insan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr. Abdel Rahman Ibrahim berkata wajah sebenar Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, yang dahagakan darah kini telah terdedah dan tidak lagi dapat menutup kepalsuan yang cuba dipaksakan kepada dunia. Jelasnya, Netanyahu bukan sahaja berdepan penolakan masyarakat antarabangsa bahkan juga tentangan dari dalam kebinet perangnya sendiri.
Kes tembak KLIA: Suspek didakwa lagi esok
Hafizul Hawari, 38, didakwa di Mahkamah Sesyen Kota Bharu, Kelantan atas tujuh pertuduhan termasuk memiliki senjata api, 15 April lalu.
Suami isteri mengaku tidak bersalah miliki senjata api
Abdul Azim Mohd Yasin dan Sharifah Faraha Syed Husin membuat pengakuan itu sebaik saja pertuduhan dibaca secara berasingan kepada mereka di hadapan hakim.
Kes warga Israel: Polis akan ambil tindakan terhadap beberapa individu - Saifuddin Nasution
Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata pihak polis telah mengenal pasti beberapa nama untuk tindakan mereka.
Suami isteri bekal senjata api kepada lelaki Israel diberkas
Suspek warga tempatan berusia 42 dan 40 tahun itu ditahan di sebuah bazar Ramadan di Kuala Selangor pada Jumaat.
Letupan dalam kes gaduh adik-beradik berpunca daripada mercun - Polis
Bunyi letupan dalam kes video tular pergaduhan antara adik-beradik di Jalan Batu Kawa-Matang, baru-baru ini bukan berpunca daripada letupan senjata api.
Kuat kuasa undang-undang senjata di AS: Hampir 300,000 nyawa boleh diselamatkan dalam tempoh sedekad
Everytown for Gun Safety menilai pelaksanaan undang-undang senjata api di setiap negeri dan membuat perbandingan dengan kadar keganasan senjata api.
Tiga lelaki terlibat samun bersenjata api ditahan
Timbalan Ketua Polis Kedah Datuk Abu Samah Mohd Noor berkata dengan penahanan ketiga-tiga suspek itu, pihaknya berjaya menyelesaikan tujuh kes samun di tiga negeri berkenaan.
LKAN 2022: Kegagalan kontraktor bekal senjata api, KDN rugi lebih RM6 juta
Pengurusan dan kawal selia senjata api jabatan dan agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) adalah kurang memuaskan, menurut Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2022.
Polis Kelantan rampas 16 pucuk pistol sepanjang tempoh Januari-November 2023
Polis Kelantan telah merampas sejumlah 16 pucuk pistol pelbagai jenis sepanjang Januari hingga November tahun ini, yang menyaksikan peningkatan berbanding sembilan bagi tempoh sama pada 2022.
Insiden Siam Paragon: Keluarga suspek mohon maaf
Pihak keluarga suspek amat sedih dan terkejut dengan kejadian berkenaan selain mengambil tanggungjawab terhadap insiden terbabit.